ISU SEMASA
Program Dermasiswa B40 2020 Kepada Pelajar Yang Baru Habis SPM 2019. Mohon Sekarang!

Program Dermasis B40 2020 - Mohon Sekarang Secara Dalam Talian (ONLINE)
Program Dermasiswa B40 2020
Pelajar yang merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019 yang berminat dan berkelayakan adalah sangat dialu-alukan untuk membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2020 telah dibuka pada 13 Julai 2020 lepas.
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan bagi Program Dermasiswa B40 ini ditutup pada 19 Julai 2020.
Syarat-Syarat Umum Bagi Permohonan Program Dermasiswa B40 2020
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik
- Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama pada tahun 2019
- Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan)
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama
- Pendapatan isi rumah ibubapa ataupun penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah
Cara-Cara Memohon
- Permohonan dibuka secara atas talian di laman sesawang eSILA selama tujuh (7) hari mulai 13 Julai 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 19 Julai 2019 (Ahad) jam 4.30 petang.
- Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Cetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
Cara Membuat Semakan
Untuk membuat semakan, anda boleh lihat pengunguman di eSILA pada Oktober 2020.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika anada mempunyai pertanyaan serta diinginkan maklumat lanjut mengenai Program Dermasiswa B40 2020, Sila hubungi Sistam Pengurusan Aduan Awam (SISPA) di :
- Telefon : 03-8885 3297 / 3553 / 3387
- Masa Operasi : 9 pagi - 4.30 petang.
Catat Ulasan
0 Ulasan