Program Bantuan "Kita1Keluarga" RM800, Permohonan Dibuka Sekarang


Program Bantuan RM800 "Kita1Keluarga"

Sebuah organisasi kemanusiaan, Tzu Chi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah melancarkan program bantuan "Kita1Keluarga" bagi membantu golongan keluarga miskin yang mempunyai masalah kewangan akibat pandemik COVID-19 dengan menyediakan sumbangan merupakan bantuan kewangan selama tiga bulan berturut-turut bermula bulan September hingga November.

Syarat-Syarat Permohonan 

Sebelum membuat sebarang permohonan, berikut adalah syarat-syarat kelayakan seperti :
  • Berwarganegara Malaysia
  • Menetap di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya
  • Jumlah pendapatan keluarga sebelum wabak adalah tidak melebihi RM3,000 ; jumlah pendapatan perseorangan adalah tidak melebihi RM1,500 (jika hanya seorang sahaja isi rumah).
  • Pendapatan isi rumah terjejas disebabkan wabak.
  • Tiada akses ke SOCSO EIS.
  • Tidak menerima bantuan tunai dari NGO termasuk Tzu Chi pada masa permohonan. (Penerima subsidi kerajaan, seperti JKM, Bantuan Prihatin dan Bantuan Sara Hidup adalah layak membuat permohonan).

Jumlah Bantuan

Bantuan ini akan diberikan secara tunai iaitu sebanyak RM500 sehingga RM800 sebulan selama 3 Bulan. (September-November)

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk bantuan ini telah dibuka pada 12 Julai hingga 18 Julai 2020 dan keputusan akan diumumkan pada 17 Ogos 2020.

Borang Permohonan

Bagi membuat permohonan, anda perlu :
  • Muat turun borang permohonan terlebih dahulu.
  • Isikan maklumat yang diminta.
  • Masukkan VERIFICATION CODE.
  • Klik SUBMIT setelah siap mengisi semua maklumat.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut berkaitan bantuan ini, anda boleh hubungi pejabat Tzu Chi di :

< TZU CHI >



Catat Ulasan

15 Ulasan