ISU SEMASA
Cara-Cara Mendapatkan Diskaun 70% Pembayaran Saman JPJ & SPAD Sempena Hari Kemerdaan

Diskaun 70% Pembayaran Saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan
Berita baik buat pemilik-pemilik kenderaan yang mempunyai saman atas kesalahan jalanraya dan kesalahan-kesalahan yang berkaitan, anda akan diberikan diskaun sebanyak 70% untuk pembayaran saman JPJ dan SPAD bersempena dengan Bulan Kemerdekaan.

Tarikh Diskaun
Jika anda mempunyai saman dan ingin menyelesaikan dengan harga yang murah, JPJ dan SPAD menawarkan anda untuk membuat pembayaran bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini.
Siaran Media Diskaun 70% Pembayaran Saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan
Berikut adalah pernyataan akhbar mengenai diskan 70% pembayaran saman JPJ & SPAD Semperna Bulan Kemerdekaan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.
Pembayaran Saman Dan Diskaun 70%
Diskaun 70% adalah berdasarkan kepada kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut.
Anda boleh membuat pembayaran di :
- Semua pejabat JPJ (Negeri, Cawangan dan UTC)
- Portal mySIKAP JPJ
- Kiosk JPJ
- JPJ Mobile
Nota : Kesalahan yang telah disenarai hitam, anda perlu hadir ke pejabat JPJ samada cawangan atau JPJ negeri untuk proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran saman.
Info Selanjutnya & Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan diskaun 70% pembayaran saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan ini, anda boleh hubungi JPJ atau SPAD di :
Catat Ulasan
0 Ulasan