Bantuan RM1,000 SND Mikro & Cottage Sabah, Sabah New Deal


Bantuan Daripada SND Mikro & Cottage Sabah, Sabah New Deal

Kerajaan negeri Sabah melalui Sabah New Deal telah membuka permohonan untuk bantuan SND Mikro & Cottage yang bernilai RM240 Juta untuk aktifkan semula ataupun memulihkan dan menyuburkan semula sektor ekonomi negeri yang telah terjejas akibat pandemik COVID-19.

Kumpulan-Kumpulan Sasaran Bantuan SND Mikro & Cottage

Antara kumpulan sasaran bantuan SND Mikro & Cottage ialah :
  • Usahawan Mikro & Cottage yang mengeluarkan produk-produk makanan di luar bandar yang berskala kecil.
  • Produk-produk lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro & Cottage.

Tarikh Bagi Membuat Permohonan

Permohonan dibuka pada 20 Julai 2020 sehingga 31 Ogos 2020

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan ialah :
  1. Sebanyak RM1,000 tunai.
  2. Dimanfaatkan dalam aspek modal pusingan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan serta pelabelan, logistik dan pemasaran atas talian.

Semakan Syarat-Syarat Permohonan Bantuan SND Mikro & Cottage

Usahawan yang berminat boleh membuat semakan permohonan seperti berikut :
  • Usahawan mikro dan cottage di luar bandar yang berskala kecil dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal daripada Sabah dan perniagaan yang beroperasi di Sabah.
  • Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Cottage yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk dan perkhidmatan sahaja.
  • Bantuan ini tidak merangkumi Petani, Penternak dan Nelayan.
  • Pemohon mestilah mempunyai Lesen Perniagaan atauu surat pengesahan rasmi daripada Pengerusi MPKK, mengenai perusahaan atau aktiviti pengeluaran atau perkhidmatan yang sedang dijalankan.
  • Isi borang permohonan Bantuan Geran Mikro & Cottage secara atas talian, melalui emel atau menghantar borang yang telah dilengkap ke pejabat DIDR.
  • Sertakan salinan kad pengenalan, lesen perniagaan atau surat pengesahan Pengerusi MPKK yang disahkan serta gambar-gambar produk dan aktiviti pengeluaran.
  • Sertakan bersama salinan muka depan buku bank yang mengandungi butiran peribadi pemohon seperti yang tertera pada kad pengenalan.
  • Keutamaan adalah diberi kepada pengusaha yang belum mendapat Bantuan IKS (BAIKS).

Cara-Cara Membuat Permohonan

Untuk memohon :




Klik ''NEXT''



Isikan borang tersebut, Klik NEXT dan sehinggan lengkap dan SUBMIT

Atau anda boleh muat turun borang disini secara manual, lengkapkan dan hantar ke alamat yang diberikan dibawah.

URUSETIA Bantuan SND UMC
Jabatan  Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan,
Tingkat 7 Blok C, 
Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing,
88300 Kota Kinabalu, Sabah.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan Bantuan SND Mikro & Cottage, anda boleh menghubungi Biro Permohonan dan Database seperti berikut :
  • Encik Rodolfo Blantocas (Ketua 1) : 088-215 822
  • Cik Mary Boniface (Ketua 2) : 088-262 043
  • Cik Sharifah Norizan Sh. Sihan : 088-225 590
  • Cik Alicia Pawan : 088-225 443
  • Encik Mohd. Affendy Abdullah Minun : 088-232 204
  • Encik Joseph Gabriel : 088-225 445
  • Cik Nur Farhana Syakila Francis : 088-225 445
  • Cik Sh. Noratikah Sh. Sihan : 088-225 445
  • Faks : 088-257814
  • Emel : sndumc2020@gmail.com




Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. bagaimana cara nya memohon bantuan rm100 sehari..saya nak mohon bantuan ni harap bagi respon

    BalasPadam
  2. aɖaҡaɦ քɛʀʍօɦօռaռ saʏa tɛʟaɦ ɖɨ ʟʊʟʊsҡaռ?

    BalasPadam
  3. Adakah permohonan sya sudah diterima

    BalasPadam
  4. Macam mana nak tahu dapat ke tidak ni??

    BalasPadam
  5. Macam mana nak tahun depan ke tidak.
    Tulis kat
    Pemohon d terima dalam proses...
    Separuh da masuk npa kmi BLM lagi

    BalasPadam
  6. bila la masuk rm 1000 ni. kesian kami balik2 sda p bank mahu cek. yg lain sd dpt. kmi belum.. dmna mahu cek bantuan ni?

    BalasPadam
  7. Betul ke tidak ini rm1000. Sya dah isi borang smpi skrg blom ada jawapan

    BalasPadam
  8. Dengar2 Ada yg suda dapat..so saya pun buat semakan... Alhamdulillah lulus...tunggu dikreditkan...tp sampai skg belum masuk2 lg 😂...harap2 Ada rezeki..Aamiin..

    BalasPadam
  9. sudah semak keputusan permohonan tapi tiada respon

    BalasPadam
  10. Suda isi online tapi tiada keputusan lagi

    BalasPadam
  11. ya betul saya juga belum terima sampai sekarang... sangat duka cita... saya berharap selepas covid ni beroprasi semula kita semua boleh menerima bantuan Mikro ini... saya tidak kisah kalau dlm status tidak layak ini keputusan LAYAK DAN SAYA MENGHADIRI MENERIMA RAPLIKA CEK RM 1000.00 DARIPADA PIHAK DIDR

    TERIMA KASIH

    BalasPadam
  12. Betul2 bikin sakit hati ini bantuan tau.. minta segala no bank last2 tiada juga dapat

    BalasPadam
  13. assalamualaikum semua ... mcm mana cara nak semak permohonan ya ?

    BalasPadam
  14. Apa sudah cerita ini bantuan rm1k?? Sudah masuk poket ke??

    BalasPadam