ISU SEMASA
Bantuan Khas COVID-19 NADMA Kepada Pendapatan Isi Rumah Yang Terjejas

Program Bantuan Khas COVID-19 Daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri (NADMA)
Sepanjang tempoh PKP yang masih berlangsung, Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri (NADMA) ini melancarkan satu program "Bantuan Khas COVID-19 bagi meringankan beban yang dipikul oleh rakyat Malaysia yang menghadapi kesukaran dan kekurangan pendapatan isi rumah.
Syarat-Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). TARIKH PERINTAH BERMULA TIDAK MELEBIHI 31 OGOS 2020.
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19. Tarikh rawatan di wad bermula tidak melebihi 31 Ogos 2020.
Pemohon Yang Tidak Layak Memohon
- Bukan Warganegara Malaysia.
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
- Dikenakan perintah kuarantin/menjalani rawatan selepas 31 Ogos 2020.
Kadar Bantuan
- RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
Cara-Cara Membuat Permohonan
1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
2. Permohonan Yang Lengkap Perlu Dihantar Ke Alamat Berikut :-
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
Dokumen Yang Diperlukan
1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian -
a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM;
b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
ii. Bagi pemohon menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat COVID-19 (warded)
a. Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.3. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)
**sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.
Cara Pembayaran
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Muat Turun Dokumen Berkaitan
1. Garis Panduan
2. Lampiran A
3. Lampiran B
4. Lampiran C
Sumber : Portal Nadma
Catat Ulasan
0 Ulasan