ISU SEMASA
Cara-Cara Melakukan Pendaftaran i-Saraan KWSP

Panduan Pendaftaran i-Saraan KWSP Bagi Suri Rumah & Individu Yang Bekerja Sendiri
CARA-CARA MEMBUAT PENDAFTARAN I-SARAAN KWSBantuan i-Saraan KWSP daripada kerajaan untuk meringankan beban kepada individu yang bekerja sendiri ataupun suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap supaya dapat menyeimbangkan ekonomi seperti pekerja-pekerja biasa setiap bulan.
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SARAAN KWSP
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan sebelum mendaftar i-Saraan KWSP :
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia
- Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja yang sudah berpencen
- Ahli KWSP
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G (M)
PENDAFTARAN I-SARAAN KWSP
Untuk membuat pendaftaran, anda juga boleh hadir ke mana-mana cawangan KWSP di kawasan yang berdekatan dengan membawa perkara-perkara seperti di bawah :
- MyKad
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
- Minimum (RM sahaja) – Tiada had
- Maksimum (RM sahaja) RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)Jika mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh mengunjungi laman web rasmi KWS
Semoga maju jaya dan semoga bermanfaat!
Catat Ulasan
1 Ulasan
Tolong cll sy klu ada peker
BalasPadamBanggan