KKM Tak Galakkan Pelawat Datang Ke Rumah, 20 Orang Maksimum Yang Dimaksudkan Hanya Ahli Keluarga Tetapi Masih Perlu Penjarakan Sosial


Jumlah bagi had maksimum, hanya 20 orang yang dibenarkan untuk aktiviti menziarah pada satu-satu masa sewaktu sambutan hari raya dan ia hanya melibatkan ahli keluarga sahaja.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham berkata "pelawat tidak digalakkan untuk datang ke rumah selain perlu mematuhi garis panduan sambutan aidilfitri yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)".
”Isu dia bukan nombor 20 orang, tetapi isu dia 20 adalah saudara-mara. Kalau kita lihat, garis panduan KKM yang pertama ialah penjarakan sosial.
”Jadi nombor itu ialah relative iaitu bergantung kepada rumah kita. Sekiranya apartment kita kecil, kita kena buat target visiting daripada keluarga kita.
”Yang kita katakan adalah ahli keluarga, kita bukan katakan pelawat datang ke rumah. Kita tak menggalakkan perhimpunan, kita tak mengalakkan pelawat-pelawat datang ke rumah tetapi ini ahli keluarga ada yang 10 orang, ada yang 15 orang, ada yang 20 orang,” kata beliau.
Tegas Dr Noor Hisham dalam isu tersebut, walaupun mematuhi jumlah had maksimum tetapi tidak melakukan penjarakan sosial, ianya tetap dikira melanggar SOP daripada KKM iaitu STANDART OPERATING PROCEDURE.
”Apa yang pasti ialah kita kena ikut SOP Kementerian Kesihatan iaitu penjarakan sosial. Kalau dalam apartment 20 orang tu dah kira crowded space, jadi dah melanggar peraturan atau SOP Kementerian Kesihatan.
”Apa yang penting dalam tempoh masa tersebut yang penting penjarakan sebagaimana Perdana Menteri menyatakan iaitu kita kena pastikan penjarakan sosial diamalkan di rumah contohnya,” ujar beliau.
Tambah Dr Noor Hisham, pengamalan hidup dalam kebersihan perlu diamalkan sebelum mengunjungi rumah saudara-mara seperti mencuci tangan sebelum masuk ke rumah.
Selain, warga emas juga perlu dilindungi sewaktu aktiviti ziarah-menziarahi kerana mereka merupakan golongan yang paling berisiko dijangkiti COVID-19.
”Apabila ada kalangan mereka yang melawat ataupun datang ke rumah, pastikan penjarakan, pastikan kita lindungi warga emas contohnya.
Jadi tak ada salam, tak ada cium-cium, dan pastikan penjarakan itu dalam satu meter. Kita boleh amalkan sebelum masuk rumah, cuci tangan dulu, guna sabun ataupun guna hand sanitizier.
Walaupun ahli keluarga, pastikan kita melindungi warga emas iaitu ibu bapa kita ataupun nenek dan datuk kita sebab kalau kita lihat jumlah kes kematian yang kita ada setakat ini 60 tahun ke atas lebih daripada 50%,” jelas beliau.
Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan kegiatan ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu masa.

Jelas Perdana Menteri ke 8 Malaysia, Tan Sri Muhyiddin, ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa
” Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.
“Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka,” katanya dalam satu perutusan khas secara langsung sebelum ini.
Dalam ucapan perutusannya, Muhyiddin mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilanjutkan empat minggu lagi, iaitu sehingga 9 Jun.
Dalam tempoh berkenaan, kata Muhyiddin, larangan pergerakan antara negeri akan tetap berkuat kuasa menjelang perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Umat Islam dijangka akan menyambut Aidilfitri pada 24 Mei ini dan kelaziman pada hari tersebut, rakyat akan mula ziarah-menziarahi sanak-saudara dan sahabat
Sumber : Sidang Media KKM
Kredit : SiakapKeli



Catat Ulasan

0 Ulasan