11 Pekerjaan Yang Paling Berbahaya Di Dunia! Seram!


Kita tidak akan tahu mengenai sesuatu pekerjaan itu jika kita bukan di dalam bidang tersebut. Setiap pekerjaan mempunyai masalah dan cabarannya yang tersendiri. Pastinya anda merasakan bahawa kerja andalah yang mendatangkan banyak "stress" kepada anda dan bila anda ingin menukarkan pekerjaan anda itu kepada sesuatu yang lebih baik. Tentu ia juga akan mendatangkan masalah yang sama mungkin lebih banyak ataupun lebih kurang. Tetapi tetap sahaja ada masalah.


Anda tidak akan dapat lari daripada masalah tersebut. Kerana pekerjaan merupakan satu "penggantungan" hidup. Namun begitu, cuba anda fikirkan sejenak kerana ada beberapa jenis pekerjaan yang paling berbahaya di dunia sehingga ia berada di tahap yang paling "ekstrem" sehingga boleh menyebabkan kematian.


Disini, kami akan menunjukkan 11 pekerjaan yang paling berbahaya ataupun "ekstrem" yang pernah wujud di dunia ini. Sediakan coffee!

11. Pemandu Trak


Saya pasti oekerjaan ini adalah pekerjaan yang amat berbahaya. Antara penyebab yang dapat dibuktikan bahawa pekerjaan ini merupakan pekerjaan yang berbahaya kerana ia memerlukan tenaga dan fokus yang tinggi kerana perjalanan yang jauh akan mengakibatkan tidur tidak mencukupi.

Kebanyakannya, pemandu trak ini terpaksa bekerja lebih masa, dan terpaksa memandu walaupun dalam keadaan letih. Bagi mereka, memandu dalam waktu malam itu merupakan pemanduan yang amat berisiko tinggi. Tambahan pula, trak ini merupakan suatu jentera yang amat besar dan berat. Mengikut rekod pada tahun 2014, seramai 700 pemandu trak yang telah kehilangan nyawa diseluruh dunia.

10. Pengawal Penjara 



Bekerja didalam satu tempat yang penuh dengan perompak, pembunuh, perogol dan lain-lain lagi, ia adalah sangat berbahaya bekerja sebagai pengawal penjara. Jika anda tidak berhati-hati dan teliti dengan setiap perkara di dalam penjara, anda akan meletakkan diri anda di situasi yang teramat berbahaya. Sebagai contoh penjara Gldani di Georgia, yang menempatkan penjenayah-penjenayah yang amat berbahaya, anda tidak digalakkan untuk mengawal secara bersendirian.

Antara berlakunya kes rogol dan pukul mahupun pembunuhan di dalam penjara adalah kerana banduan-banduan adalah terlalu bahaya dan ganas sehinggakan pengawal penjara risau untuk campur tangan. Bukan sahaja banduan di dalam penjara yang berisiko untuk mati, tetapi pengawal penjara juga akan terlibat.

9. Pekerja Nukleur




Pekerjaan ini sudah tidak asing lagi bertapa berbahaya nya kerana ia bagaikan "menggadai" kan nyawa sendiri. Anda boleh terbunuh dalam sekelip mata jika ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan. Pekerja-pekerja nukleur ini perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan terperinci bagi mengelakkan sebarang perkara yang buruk terjadi.

Pusat janakuasa nukleur ini biasanya berada jauh terpencil beberapa kilometer daripada pusat penempatan manusia kerana risiko bahan radioaktif yang begitu beradiasi tinggi dan bertoksik yang boleh menyebabkan penyakit barah serta kematian. Di Jepun, pada tahun 2017, berlakunya satu kemalangan di stesen janakuasa nukleur Fukushima Daiichi akibat kerosakan reaktornya.

Tahap radiasi yang sangat tinggi menyebabkan penduduk sekitar perlu dipindahkan jauh bagi mengelakkan kematian, namun pekerja-pekerja nukleur perlu perlu masuk kedalam kawasan tersebut bagi menutup seluruh stesen tersebut. Cuba anda bayangkan bertapa tingginya risiko tersebut.

8. Pekerja Pelantar Minyak



Ramai anak muda pada zaman sekarang mengambil kos Kejuruteraan. Tetapi, tahukah mereka bahawa pekerjaan ini merupakan antara pekerjaan yang akan mereka ceburi merupakan antara pekerjaan paling berbahaya di dunia. Sebagai contoh, pekerjaan "OFFSHORE" ini. Dan sememangnya, pekerja yang lama bekerja di pelantaran minyak ini mengakui bahawa pekerjaan ini amat mencabar dan berisko tinggi, kadang-kadang tidak berbaloi dengan gajinya walaupun tinggi.

Berjauhan selama berbulan-bulan daripada keluarga itu satu menjadi perkara yang biasa, kerana ada masalah yang lebih besar ketika di pelantar minyak. Kebiasaannya, pekerja pelantar minyak ini perlu bekerja lebih masa sehingga mencapai 16 jam setiap hari. Ketika bekerja, pekerja-pekerja perlu sentiasa fokus dan peka kerana terdapat banyak mesin-mesin yang boleh membunuh jika tersilap langkah. Tambahan pula, dengan tidur yang tidak cukup dan tidak menentu amatlah berbahaya kepada mereka dan boleh mengakibatkan mereka jatuh kedalam lautan dan lemas.

Termasuk juga, di stesen pelantaran minyak ini terdapat banyak bahan mudah meletup. Antara kejadian yang dahsyat yang pernah terjadi adalah berlaku letupan dan merupakan sejarah titik hitam kes Deepwater Horizon.


7. Penyelenggara Hal Ehwal Tenaga Elektrik



Mungkin anda hanya mengetahui pekerja yang bekerja di dengan syarikat elektrik seperti syarikat TNB - Mereka hanya datang kerumah dan memotong bekalan elektrik anda jika anda tidak membayar bil elektrik. Tetapi, mereka yang bekerja di stesen janakuasa elektrik itu, seperti meletakkan nyawa pada situasi yang sangat berisiko dan ia amat mematikan.

Dari segi teori, manusia boleh mati jika terkena elektrik sebanyak 50 volt. Tetapi, cuba anda bayangkan, stesen janakuasa ini membekalkan tenaga elektrik lebih kurang 800,000 volt dan ia dapat membunuh puluhan ribu nyawa. Kerja yang berisiko tinggi ini juga memerlukan staf nya untuk memanjat tiang yang tinggi. Tiada apa yang perlu dilakukan selain daripada sentiasa berhati-hati ketika menjalankan tugas. Jika tidak, dalam sekelip mata, sama ada terjatuh kebawah ataupun terkena renjatan elektrik dan kedua-duanya boleh membawa kepada maut. 


6. Wartawan Zon Perang



Tiada siapa yang mahu berada di zon perang melainkan anda seorang askar. Ianya sesuatu yang boleh dikatakan kerja yang gila dan mahu membunuh diri. Bila-bila sahaja nyawa mereka boleh melayang. Tapi, bekerja sebagai wartawan di zon perang ini perlu dilakukan kerana ia dapat melaporkan situasi perang dari masa ke semasa. Dengan berbekalkan kamera, helmet keselamatan dan tag "Jurugambar", mereka hanya sentiasa berdoa agar tidak terkena butiran-butiran peluru dan bom yang berterbangan.

5. Pelombong Arang Batu



Dengar nama kita boleh tahu keadaan kerja ini. Kotor itu sudah menjadi perkara biasa kepada pekerja pelombong arang batu. Bekerja di dalam lorong yang amat sempit, gelap dan sesak, ia akan menyukarkan pernafasan disebabkan udara yang tidak seberapa bersih dan habuk arang yang terlalu tebal. Dan perlu diingatkan, menyedut habuk-habuk yang terdapat di dalam lombong itu amatlah berbahaya.

Tapi, itu tidak termasuk risiko lombong tersebut tersebut akibat gempa bumi atau kejadian alam yang lain. Ia akan membenamkan semua pekerja disitu akibat tertimbus tanah yang amat tebal. Jika itu tidak berlaku, ia amatlah merupakan momen-momen yang amat bertuah kepada pekerja lombong arang batu ini. Namun, jika kurang bernasib baik, anda akan terperangkap dan mati secara perlahan-lahan. Berani tak? Kalau berani, hantar la resume hahaha.

4. Pekerja Pemotong Kayu Balak 


Saiz kayu balak di negara mungkin tidak seberapa jika dibandingkan dengan saiz kayu balak yang ada diluar negara. Pastinya anda rasa gergaji yang digunakan adalah penyebab risiko yang paling tinggi semasa memotong kayu balak ini, namun itu bukanlah masalh terbesarnya. Apa yang berbahaya mengenai kerja ini adalah kesilapan mengagak ke mana pokok-pokok itu akan tumbang.

Jika ramalan anda tersilap, maka anda sedang didekati dengan malaikat maut kerana telah anda bakal dihempap pokok yang amat besar. Mungkin anda akan bertanya, "kenapa tidak lari sahaja?" Ini kerana pokok itu terlalu besar sehingga kita tidak akan sempat berlari untuk mengelak daripada dihempap pokok gergasi itu.


3. Angkasawan



Mungkin ramai diantara kita yang selalu bercita-cita untuk menjadi angkasawan semasa kecil kan? Menjadi seorang angkasawan itu tidaklah begitu mudah. Setelah jadi angkasawan, anda akan menghadapi begitu banyak risiko-risiko yang boleh menghilangkan nyawa anda. Sebanyak 7% kadar kematian dianggarkan bagi seorang angkasawan ketika bertugas. Apa yang berbahaya adalah ketika melakukan perlepasan. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi ketika berlepas, seperti kebocoran oksigen dan sebagainya.



Jika berlaku sedikit kesilapan, ia boleh membuatkan seluruh kapal angkasa meletup. Antara titik hitam sejarah yang berlaku kepada NASA, dimana Kapal Angkasa Columbia meletup dan mengorbankan kesemua 7 kru anak kapal dan Kapten mereka, Christa McAuliffe pada tahun 1986.


2. Penangkap Ketam Laut Dalam


Seperti yang kita sedia maklum, pekerjaan ini tidak ada di dalam negara kita. Namun, ia terdapat di Alaska. Berada di tangga pertama, pekerjaan yang paling berbahaya di dunia, maka risiko yang bakal dihadapi semestinya di satu peringkat yang lain. Pekerjaan ini memerlukan kekuatan mental, fizikal dan rohani. Dahsyat!



Anda perlu kuat untuk bekerja 24 jam sehari dengan mengangkat peralatan yang berat, buang ais dari bot dan juga sentiasa perlu peka terhadap ombak laut yang bukanlah seperti ombak yang ada di negara kita. Ketinggian ombak di lautan Alaska ini dapat mencapai sehingga 60 ke 70 kaki bersamaan dengan 18 ke 21 meter. Lautan Alaska ini merupakan lautan yang teramatlah sejuk. Dikatakan, suhu paling paling tinggi adalah 9℃ dan suhu biasanya adalah 0℃.

1. Perdana Menteri


( Tun Dr Mahathir Mohamad )

Ya! Perdana Menteri merupakan antara pekerjaan yang paling berbahaya di dunia. Ia dapat disimpulkan jika anda tidak menjalankan tugas dengan amanah dan jujur, rakyat tidak akan menyukai anda dan sentiasa akan memaki hamun anda secara lisan mahupun secara dalam hati. Anda mungkin menjadi kesayangan semua orang jika anda seorang yang baik, dan anda akan menjadi bualan yang tidak baik jika anda tidak menjalankan tugas dengan betul, seperti korupsi, penyelewengan, tidak amanah dan sentiasa mengamalkan sikap pilih kasih.

Seperti yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali, benda yang paling berat di dalam dunia ini adalah amanah. Jadi, jika anda merasa anda tidak dapat menggalas amanah tersebut, 
maka anda boleh memberikan tugas itu kepada sesiapa yang lebih layak.

Anda perlu fikir sehabis baik sebelum menerima sesuatu amanah dan ikutlah Al-Quran dan Sunnah, kerana menerima amanah itu seperti meletakkan sebilah pedang yang sangat tajam di leher. Anda akan meletakkan diri anda di satu tempat yang berbahaya.

Baik datang dari Allah, yang buruk datang dari izin Allah dan dari diri saya sendiri. Wallahu'alam.











Catat Ulasan

0 Ulasan