Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MYHOME



Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020. Kerajaan Beri Bantuan Bulanan RM200 Untuk Beli Rumah Pertama

Untuk golongan belia yang berumur antara 21 hingga 45 yang ingin membeli rumah yang pertama berharga RM500,000 ke bawah, anda boleh memohon Skim Perumahan Belia BSN (SPB 2020), di bawah skim MyHOME BSN. 

Skim ini diwujudkan bagi membantu golongan belia bujang dan yang telah berkahwin memiliki rumah pertama dengan mudah melalui kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN.

Skim Perumahan Belia (SPB) 2020

Menurut hebahan terkini KPBT, Skim perumahan ini dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2021 yang menawarkan jaminan pinjaman 10 peratus melalui CAGAMAS untuk membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk dua tahun pertama, terhad kepada 10,000 unit rumah.

ANSURAN SUBSIDI RM200 SEBULAN SELAMA 2 TAHUN

Melalui skim ini, dana subsidi ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan akan dimasukkan kedalam akaun pembiayaan pelanggan sepanjang 2 Tahun turut disediakan.

Sebagai contoh, jika bayaran bulanan rumah RM1,200 sebulan, jadi peminjam hanya perlu membayar RM1,000 dalam tempoh 2 Tahun pertama.

Namun, skim ini terhad dan ditawarkan kepada 10,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep "siapa cepat, dia dapat!". Jadi pemohon disarankan untuk segera melakukan semakan permohonan agar tidak terlepas peluang ini.


KELEBIHAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN MYHOME 2020

Antara ciri-ciri dan kelebihan skim ini adalah: 

  • Kemudahan ini ditawarkan bagi membiayai hartanah yang sama ada sudah siap ataupun sedang dalam pembinaan atau hartanah "subsale".
  • 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pembiayaan untuk nilai rumah sehingga RM300,000.
  • Kerajaan juga akan memberi bantuan secara ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju ataupun penjual.

Skim ini amatlah sesuai untuk hartanah dari RM100,000 hingga RM500,000.

Tempoh pinjaman dari 5 Tahun sehingga 35 Tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 Tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).

Kadar faedah pula seperti yang ditetapkan di portal rasmi BN iaitu:
  • Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
  • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 Tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%.
  • Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018)
Yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.

SYARAT UNTUK MEMOHON SKIM PERUMAHAN BELIA BSN

Bagi anda yang berminat untuk memohon skim perumahan BSN ini, sila penuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:

  1. Warganera Malaysia
  2. Belia yang suda berkahwin dan berumur 25-40 tahun
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
  4. Pembeli rumah pertama sahaja

Permohonan perlu disertakan bersama beberapa dokumen yang diperlukan seperti berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Borang permohonan Pembiayaan
  • Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  • Borang EA / EC

Bagi yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen:
  • Borang B/BE dan Resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan penyata bank 6 bulan terkini
  • Dokumen - dokumen lain (jika perlu)
Permohonan ini dapat dibuat dimana-mana cawangan BSN terdekat dikawasan anda atau klik "INFO LANJUT" dibawah bagi mengetahui info penuh berkenaan dengan skim ini.



Catat Ulasan

0 Ulasan